AIA Takaful – saidkamis.my

aiapublic

HIBAH

Wasiat vs Hibah vs Faraid_V2

Apa itu hibah takaful?

Hibah bemaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.

Wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris.

Ramai yang anggap dengan adanya wasiat, harta peninggalan semestinya akan diberikan kepada waris. Tetapi, tahukah anda bahawa wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris?

Akibatnya, harta beku dan tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.

6 Sebab Anda Perlu Ada Hibah

Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah. Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi. Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka survive dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas? Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda? Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.

Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?

Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?

Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.

Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda. 

Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta – pernahkah anda dengar kenyataan ini?

Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?

Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!

Dapatkan Quotation Percuma Di Sini